BUTIK ANDAMAN QASEH

Monday, December 21, 2009

PELAMIN TERBARU ANDAMAN QASEH




AQ menawarkan pelamin terbaru dari koleksi kami dengan harga berpatutan. Setiap rekaan boleh diubah suai mengikut cita rasa anda.Dapakan tempahan anda sekarang dan banyak lagi koleksi 2010 menanti anda.

PAKEJ PERKAHWINAN & BERTUNANG 2010




Pakej gemilang dan impian 2010, Istimewa di sini AQ menawarkan pakej bagi persandingan didalam dewan dengan harga yang amat berpatutan dan persandingan di rumah atau khemah,kami menjemput para pelangan yang dihormati untuk ke butik kami di No 16-A1,Jalan Suria Setapak, off Jalan Gombak,batu 4 1/2 Kuala Lumpur.Nikmatilah harga menarik dari kami dengan emel ke ctnattrah@yahoo.com.my atau sms @ call Pn.Nattrah 019-2247287.

Sunday, December 20, 2009

Fara & Din Cheras






Majlis perkahwinan antara Fara dan Din berlansung di Cheras, Alhamdulilah segala persiapan dari baju-baju dan pelamin semua dengan jayanya. Terima kasih dari kami crew AQ ucapkan.Selamat pengantin baru semoga berbahgia hingga ke akhir hayat.

Tukang makeup Pn.Nattrah
Tukang ambil gambar En.Hakim

Saturday, December 19, 2009

Airul & Miza Kota Damansara






Majlis menjambut menantu airul dan miza, berlansung di kota damansara. Cerita di sebalik pertemuan AQ dgn miza di mana airul singah untuk baiki kereta dan miza terpandang sign board AQ,pertemuan dilakukan didalam hujan, kebetulan semasa AQ baru balik dari melakukan tugak rutin...makeup orang..nak di jadikan cerita AQ tertingal kunci kedai...jadi dengan suasan hujan lebat kami sempat bertukar no tel sahaja. Alhamdulilah jodoh AQ dengan niza ni ada..jadilah ia pelangan pertama kami di butik baru, walaupun dalam hujan.

Tukang makeup Pn.Nattrah
Tukang ambil gambar En.Zaki

Salwa & Shah Kg.Terengin Jerantut








Musim cuti sekolah tahun ini adalah musim yang sibuk bagi crew AQ. Dengan pembukaan kedai baru kami dan dengan tugas-tugas rutin sebagai tukang makeup,tukang pasang pelamin dan lain-lain.2 lokasi utama di kuala lumpur dan pahang,cerita disebalik kerja-kerja kami semoga semua pelangan berpuas hati dengan apa yang crew AQ laksanakan.Bukan senang nak melaksanakan tugas 2 tempat kl dan pahang.Alhamdulilah demi kepuasan bakal pengantin yang menjadikan AQ pilihan utama insyallah kami akan berusaha sebaik mungkin.

Cerita qaseh pada minggu ini adalah pasangan pengantin baru salwa dan shah,lokasi majlis kg.terengin jerantut.Percintaan antara gadis Pahang dan jejaka Johor,lokasi percintaan rahsia,yang menarik dan dugaanya semasa tengah makeup untuk majlis nikah tiba2 bekalan elektrik terputus nasib baik tidak ada apa2 pada muka pengantin he.he,jejak kasih antara jiran akak dekat jengka 22 kawan lama ayah salwa kiranya dah lebih 20 tahun tak jumpa,alhamdulilah majlis salwa ni berjalan dengan lancar walaupun suasana hujan.Selamat pengantin baru dari AQ.



Tukang makeup Pn.Nattrah
Tukang ambil gambar En.Zaki

Thursday, December 17, 2009

Roslina&Afall Jengka 22







Majlis antara mereka ni telah diadakan di Pahang.Afaal ni berasal dr negeri sembilan tapi dah lama menetap di sri gombak,manakala ros plak asal dr kedah tapi dh menetap di pahang ni dr kecil lagi.
Dgr cerita mereka berdua ni bertemu di tempat kerja...tau lebih spesifik dlm lif..hehehe...cukup tkat tu jer yer..lebih-lebih rahsia..
Majlis mereka juga memang meriah...so utk preview enjoy this entry yahh..

Wednesday, December 9, 2009

Effa & Man Jengka 22





Alhamdulilah sekali lagi AQ dapat bekerja sama dengan orang kampung. Effa ni satu Jengka dengan crew AQ jadi selok belok di jengka ni kami dah tahu la....persiapan pun mudah..tempahan dilakukan di KL sebab Effa ni kerja di KL.Pilihan warna utama Oren + crim baju jenis jubah.Walaupun faktor hujan tidak menentu..kami crew AQ berusaha melakukan yg terbaik.Terima kasih kepada Effa sekeluarga dan ahli-ahli blok 4 yang sememangnya kami kenal.

Tukang makeup Pn.Nattrah
Tukang ambil gambar En.Zaki

Tuesday, December 8, 2009

Wan Hamilah & Johan Arif Taman Melawati





Salam bertemu kembali,alhamdulilah sekali lagi AQ di beri kepercayaan untuk melaksanakan tugas untuk majlis perkahwinan Wan dan Johan.Warna pilihan pengantin adalah merah + pink. Tempahan dari wan kami terima seawal bulan 6, memandangkan kedua-duanya bekerja di perak. Terima kasih dari AQ kepada keluarga Wan kerana memberikan layanan istimewa kepada crew AQ.

Tukang makeup Pn.Nattrah

Tukang ambil gambar En.Hakim

Wednesday, December 2, 2009

Ita & Rahimi Jengka 10






Selamat pengantin baru kepada Ita dan Rahimi semoga kekal hinga ke akhir hayat.Terima kasih dari kami crew AQ, majlis ita ni dekat Jengka la jugak tapi Jengka 10. Memandangkan pakej AQ meliputi kawasan Jengka jadinya alhamdulilah semua jengka kami dah lawatinya.Suasana majlis seperti biasa macam kawasan lain-lainnya...layanan dari keluarga dan ahli-ahli blok memang best.Dari malam nikah hinga ke hari bersanding setiap tetamu dilayan istimewa.

Tukang makeup Pn.Nattrah
Tukang ambil gambar En.Zaki

Maziati & Izhar Jengka 4








Alhamdulilah sepanjang cuti sekolah ini AQ telah mendapatkan kepercayaan dari pelangan-pelangan yang percaya dengan perkhidmatan kami,misi kami kepuasan anda matlamat kami.Seperti biasa pelangan AQ dari jengka,majlis maziati dan Izhar ni di jengka 4, suasana seperti biasa lah..perkampungan jengka. Izhar ni orang Pekan.Maziati memberikan pekercayaan penuh kepada AQ dari hiasan hantaran serta semua kelengkapan untuk majlis dia kiranya full pakej.Terima kasih dari kami crew AQ. Jangan segan dan malu ceritakan butik kami kepada kawan2.

Tukang makeup Pn.Nattrah
Tukang ambil gambar En.Zaki

Tuesday, December 1, 2009






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails