BUTIK ANDAMAN QASEH

Friday, May 28, 2010

MAKEUP ARTIS






The making off Football murai di stadium putra bukit jalil telah pun selesai.Terima kasih kepada fadila dan suami yg ajak makeup artis2 dia orang bersama-sama atlit bola sepak,pemain bola kebangsaan lagi.Semua artis yang menjayakan pun ramah2 belaka jadi kerja menjadi mudah dan senang.

Tuesday, May 25, 2010

Nina mawati & Zarul Shah Dewan Tun Hamdan Sheikh tahir (Wisma Sejarah)






Majlis berlansung di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir Wisma Sejarah KL,Pasangan pengantin memilih tema Thailand, dari pilihan koleksi baju dan pelamin.Istimewa pelamin duduk di ketengahkan untuk pilihan kali ini.Terima kasih dari AQ buat Nina dan Zarul memilih pakej dari kami.

Tukang makeup Pn.Zana

Wan Mohd Zahari & Suriati , Wan Mohd Zairaziz & Mardiah






Istimewa majlis kali ini adalah 2 pasangan adik beradik Wan Mohd Zahari dan Wan Mohd Zairaziz dari batu 9 cheras.Pasangan pengantin memilih warna tema yg berlainan,jadi crew AQ terpaksa menjadikan latar belakang pelamin dgn 1 warna untuk boleh disuaikan 2 warna baju yg berlainan.Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.Terima kasih dari kami crew AQ buat pasangan pengantin adik beradik dan keluarga diatas layanan yg diberikan.
Pilihan baju dari koleksi Butik AQ.Semoga kekal keakhir hayat.

Tukang makeup Pn.Nattrah 019-2247287
Tukang tangkap gambar En.Zaki 019-6776213 & En.Hakim 017-2278221

Nor Hazar & Lutfi Selayang Baru






Selamat pengantin baru dari crew AQ buat pasangan Nor hazar dan Lutfi.Terima kasih dari kami memilih pakej Andaman Qaseh.Segala kekurangan dan kesilapan harap di maafkan.

Tukang makeup Pn.Nattrah 019-2247287
Tukang ambil gambar En.Zaki 013-6776213

Friday, May 14, 2010

Eliza makeup nikah


Majlis pernikahan Eliza,Taman melati 14/05/2010,terima kasih dari AQ kerana memilih hasil kerja dari kami.

Thursday, May 13, 2010

TIPS PERANCANGAN PERKAHWINAN

Untuk memudahkan bakal pengantin membuat persiapan,perlu ada perancangan yang teliti dan rapi agar majlis dapat berlansung dengan lancar, Di sini Andaman Qaseh paparkan panduan yang mudah untuk bakal mempelai membuat perancangan majlis perkahwinan mereka.

12 BULAN SEBELUM
* Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu nikah.
* Mengatur bajek yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah.
* Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel,dewan atau rumah.
* Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau buffet.

11 BULAN SEBELUM
* Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
* Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan.
* Mengintai-intai pakaian perkahwinan.
* Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju dan lain-lain.

10 BULAN SEBELUM
* Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara.
* Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis.
* Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajek.

9 BULAN SEBELUM
* Mengumpul nama tetamu.
* Pilih katering atau masak sendiri, Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakan kesulitan di masa akan datang.
* Pilihan jurufoto & juruvideo.

8 BULAN SEBELUM
* Menempah lokasi dan tarikh majlis, (Khusus untuk dewan & hotel)
* Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir.

7 BULAN SEBELUM
* Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori.
* Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin.
* Memilih jurusolek.

6 BULAN SEBELUM
* Mula menempah kad perkahwinan.
* Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam.
* Menjalani ujian darah/HIV.

5 BULAN SEBELUM
* Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit,menyedang pakaian)
* Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan,kek pengantin,bunga pegang, penghias majlis)
* Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri.

4 BULAN SEBELUM
* Pilih cincin kahwin.
* Menyiapkan gubahan hantaran(sama ada membuat sendiri atau menempah)

3 BULAN SEBELUM
* Memastikan kelengkapan P.A sistem lengkap seperti deejay, iringan lagu dan sebagainya.
* Mengaturkan penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.

2 BULAN SEBELUM
* Menulis dan mengutus kad perkahwinan kepada tetamu.
* Bersama bakal pasangan menyedang pakian supaya nampak anggun di hari bersejarah.
* Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel atau dewan)

SEBULAN SEBELUM
* Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu,sauna)
* Pastikan cincin dalam ukuran yang betul.
* Pastikan segala tempahan pelamin, juru solek, tiket kapal terbang, bilik dan keperluan perkahwinan berjalan dengan lancar.
* Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah, tiara dan kasut.
* Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda.Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik.

3 MINGGU SEBELUM MAJLIS BERLANSUNG
* Bertemu dengan urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar.
* Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis.

SEMINGGU SEBELUM.
* Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urus setia jika terdapat perubahan.
* Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
* Hindari konflik, tenangkan hati.

DI HARI PERKAHWINAN.
* Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan.
* Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari.
* Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.


Catitan semula dari Majalah Pengantin.
Nantikan siri kedua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails