BUTIK ANDAMAN QASEH
Tuesday, April 20, 2010
Tuesday, March 23, 2010
Nurhayati & Affendy 21-02-2010





Majlis pernikahan pasangan Nurhayati dan Affendy berlansung di Masjid Putra Putrajaya. Pasangan ini telah memilih pilihan baju jenis lace warna gold dari AQ dan makeup tak lain dari Pn.Nattrah.Pasangan ini berasal dari Sabah dan Sarawak tapi kedua-duanya bekerja di Kuala Lumpur.Pilihan lokasi outdoor sekitar Putrajaya bersama-sama jurugambar AQ En.Hakim, habis la...seluruh kawasan Putrajaya di jelajah untuk mendapatkan shoot2 terbaik dari kami.Selamat pengantin baru dari kami crew AQ.Semoga kekal ke akhir hayat.
Friday, March 19, 2010
Nantikan ...Sharizatul shima & Mohd Safuan



Tempahan kali ini dari pasangan Sharizatul shima dan Mohd safuan dimana AQ diberi kepercayaan oleh kedua-dua pihak untuk menjayakan majlis mereka dimana untuk Shima majlis berlansung di Maktab Polis Di Raja Malaysia Cheras Kuala Lumpur dan bagi majlis Safuan pulak Sri kembangan.Majlis perempuan bertemakan hijau lumut dan majlis lelaki gold.Sebenarnya ibu kepada Shima ni akak kenal memang dah lama la..sebab selalu beli nasi lemak mak dia jual yang tak sangkanya masa majlis nikah baru tahu rupanya Shima ni anak (makcik enot) nama gelaran mak dia.Crew AQ mengucapkan terima kasih diatas layanan istimewa dari kedua-dua belah pihak.Semoga kekal ke akhir hayat, nantikan babak2 mereka bersama AQ.
Monday, March 15, 2010
Norfaiza & Shahrizan Felda Bukit Tajau Maran




Majlis perkahwinan pasangan ini berlansung di Felda Bukit Tajau Maran,sekali lagi AQ di berikan kepercayaan untuk majlis pasangan ini.Pilihan dari faiza adalah pelamin panel bertemakan hitam putih,Perbincangan antara akak dan faiza melalui tel dan emel sahaja almaklumlah faiza bekerja di Johor dan akak di KL. Melalui pengantara adik akak di temerloh alhamdulilah dengan jayanya majlis Faiza berjaya di selesaikan.Kami di AQ mengucapkan selamat pengantin baru semoga kekal ke akhir hayat.Salah dan silap harap di maafkan.
Koleksi gambar dari pengantin.
Makeup Nikah Pn.Nattrah
Makeup Sanding Pn.Khilda
Wan Huzaida & Redzuan Bandar Baru Sentul





Salam bersua kembali,Pasangan pada kali ini adalah dari Bandar Baru Sentul, Wan huzaida dan pasanganya Redzuan,terima kasih kepada ida kerana memberi kepercayaan kepada Crew AQ untuk majlis beliau yang berlansung dengan meriahnya pada 27/02/2010.
Pakej penuh dari AQ, dari hiasan pelamin,baju persalinan, makeup dan khidmat jurugambar.Semoga kekal ke akhir hayat dari crew AQ.
Tukang makeup Pn.Zana
Tukang ambil gambar En.Zaki
Thursday, February 25, 2010
Pakej Outdoor April 2010
Thursday, February 18, 2010
Siti maria & Judy Kg.Chap Ulu Cheka Jerantut





Salam bertemu kembali di dalam blog AQ, majlis kali ini berlansung dengan meriahnya di Kg.chap Ulu Cheka jerantut. Pertama kali kami sampai ke kawasan perkampungan ini terdetik di hati kami kini berada di tengah2 banjaran titiwangsa,perjalan dari jengka memakan masa 1 jam dengan laluan sepanjang perjalanan kampung2 org asli dan kampung2 yang mungkin jika kami tidak buat butik pengantin ni memang kami tak akan sampai ke sini.Majlis maria berlansung 2 hari berturut2 dimana sabtu 13/02/2010 majlis nikah dan 14/02/2010 majlis persandingan.Tema pilihan maria dan pasangan adalah hitam / merah.Terima kasih dari krew Aq kerana memilih kami sebagai perancang majlis anda dan layanan istimewa dari keluarga maria.
Tukang makeup Pn.Nattrah 019-2247287
Tukang tangkap gambar En.Zaki 013-6776213
Pakej penuh butik Andaman Qaseh Pahang
Subscribe to:
Posts (Atom)




